Friday, November 21, 2008


salam pada semua saudara yang budiman,kali ini hamba ingin menceritakan sahutan haji yang bakal tiba.

sesungguhnya haji yang pertama ialah haji Islam.maka wajib keatas umat Islam yang berkemampuan hanya sekali sahaja bagi seumur hidup kita.

Kita misti berdoa kepada Allah swt supaya Allah Swt memilih kita menjadi tetamuNya di tempat yang suci iaitu Baitullah.

Ada kalanya daripada hamba hamba Allah swt yang Allah swt sentiasa menjemputnya mengadap Allah swt setiap tahun.

mereka yang dapat menunaikan Ibadah haji yang mabrul hanya orang orang yang dikasihi oleh Allah swt.

Orang orang yang akan mendapat Haji yang diterima adalah orang orang yang bersih daripada menggunakan harta yang haram dan bersih jiwa mereka daripada sifat sifat yang tercela.

makkah adalah tempat yang mulia ,tempat byang mulia pula harus untuk orang yang baik baik.JIka kita terpilih untuk menyahut seruan ilahi hendaklah kita menziarahi Rasulallah saw.

Rasullah saw sentiasa merindui umatnya.Apabila saudara saudara datang menziarahi Rasulallah maka hendaklah kita menjaga adab kerana baginda adalah kekasih Allah .